Saturday, 27 August 2016

Mengapa Takaful Malaysia

Syarikat Takaful Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun 1981 apabila Kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan petugas bagi mengkaji kebolehlaksanaan penubuhan sebuah syarikat Insurans Islam di Malaysia. Ini telah secara langsung membawa kepada penubuhan Takaful Malaysia pada 29 November 1984 dan memulakan operasinya pada 22 Julai 1985.

SyarikatTakaful Malaysia telah dijadikan sebuah syarikat awam berhad pada 19 Oktober 1995, diikuti dengan penyenaraian sahamnya di Papan Utama (kini dikenali sebagai 'Pasaran Utama') di Bursa Malaysia Securities Berhad pada 30 Julai 1996.

Pemegang saham utama ialah BIMB Holdings Berhad (BHB) dengan kepentingan sebanyak 59.88% di bawah Kumpulan BHB. BHB juga memiliki bank Islam pertama di Malaysia iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam). Syarikat induk BHB adalah Lembaga Tabung Haji dengan pegangan saham semasa sebanyak 53.00%. Kumpulan BHB merupakan salah satu pemangkin dalam membangunkan sektor kewangan Islam di Malaysia.​

​​​​​​​​​​
Syarikat takaful pertama di Malaysia.

Berpengalaman di dalam industri lebih 30 tahun.

Aset terkumpul melebihi 7 bilion.

Memenangi beberapa anugerah utama di peringkat antarabangsa.

Di senarai sebagai syarikat patuh syariah oleh Majlis Penasihat syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.


                                                   Struktur Korporat Takaful Malaysia