Rider myGen Personal Accident

Takaful myGen Personal Accident menyediakan perlindungan jika berlaku kematian, keilatan dan kecacatan kekal akibat kemalangan, 24 jam dan seluruh dunia.

Had Umur Penyertaan
Had umur minimum ialah 30 hari dan maksimum umur penyertaan pada tarikh hari jadi akan datang ialah 60 tahun. Pelan ini memberi perlindungan sehingga berumur 70 tahun.

Jumlah Perlindungan
Minima jumlah perlindungan ialah RM 5000 dan maksima perlindungan ialah 5 x perlindungan asas (pelan asas myGenlife) tertakluk maksimum RM 500,000. sebagai contoh, peserta mengambil jumlah perlindungan pelan asas myGenlife sebanyak RM 150,000, had maksima untuk perlindungan myGen Personal Acident yang boleh di ambil ialah RM 500,000 sahaja.

Kematian  Akibat kemalangan
Jika berlaku kematian akibat kemalangan, pihak Takaful Malaysia akan membuat pembayaran kepada waris mengikut jumlah yang tertera pada sijil termasuk jumlah simpanan.
Sebagai contoh, Encik Ali telah meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja. Beliau telah mengambil perlindungan  untuk myGen Personal Accident sebanyak RM 100,000 dan myGen Life (kematian biasa) sebanyak RM 50,000. Pihak takaful akan membuat pembayaran kepada waris sebanyak  RM 150,000 (simpanan semasa juga akan diberikan bersama jumlah perlindungan).

Kecacatan dan keilatan kekal
Satu jumlah pampasan akan di bayar kepada peserta mengikut kecacatan dan keilatan yang di alami oleh peserta. Jumlah bayaran adalah seperti jadual yang di sediakan di dalam sijil.

Perlindungan 200% dari had perlindungan asal
Jika berlaku kematian akibat kemalangan seperti berikut, pihak syarikat akan membuat pembayaran  200% dari perlindungan asal.
1. Kemalangan yang melibatkan kenderaan awam yang berjadual seperti bas express, keretapi, kapal terbang dan lain-lain.
2. Kemalangan yang melibatkan lif atau elevator di tempat awam. tidak termasuk di tempat perlombongan dan pembinaan.
3. Kematian akibat kebakaran di tempat awam seperti hotel dan panggung wayang.
Sebagai contoh, Atan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa menaiki bas express. Dia telah mengambil takaful myGenlife - pelan asas sebanyak RM 50,000 dan takaful myGen Personal Accident RM 100,000. Pihak Takaful Malaysia akan membuat bayaran pampasan sebanyak RM 250,000 kepada waris beliau. (simpanan semasa juga akan diberikan bersama jumlah perlindungan).