Takaful myGen Waiver bertujuan mengecualikan bayaran caruman bulanan jika peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Dengan Takaful myGen Waiver, peserta tidak perlu lagi membuat bayaran caruman bulanan tetapi masih lagi boleh mendapat perlindungan seperti biasa.
Pengecualian bayaran ini akan berfungsi sehingga peserta berumur sehingga 70 tahun.
Terdapat 2 pilihan rider ini.
1. Perlindungan termasuk rider myGen Saver (simpanan) - Perlindungan dan simpanan percuma.
2. Perlindungan tidak termasuk rider myGen Saver (simpanan) - Perlindungan percuma sahaja.
Jika anda memilih perlindungan termasuk rider myGen Saver, Pihak takaful akan memberi perlindungan percuma dan mencarum (mengikut jumlah myGen Saver) di dalam akaun anda sehingga berumur 70 tahun.
Jika anda memilih perlindungan tidak termasuk rider myGen Saver, Pihak takaful akan memberi perlindungan percuma sahaja.
Manfaat ini berkuatkuasa dari tempoh caruman bulanan yang berikutnya
(dari tarikh selepas disahkan menghidap salah satu dari 36 penyakit
kritikal & tertakluk kepada tempoh masa menunggu).
Walaubagaimanapun ia bergantung kepada jenis-jenis penyakit.
myGen Waiver - termasuk rider myGen Saver
Contoh , Asmira telah telah mendapatkan sijil takaful beserta rider myGen Waiver dan myGen Saver pada usia 30 tahun. Setelah mencarum 3 tahun tanpa gagal, beliau di sahkan mengidap salah satu 36 peyakit kritikal. Beliau telah membuat tuntutan kepada pihak takaful. Asmira tidak perlu lagi membuat caruman bulanan dan simpanan beliau akan bertambah sehingga beliau berumur 70 tahun tanpa menjejaskan lain-lain perlindungan termasuk mendapat perubatan terbaik dari hospital panel secara PERCUMA.
myGen Waiver - tidak termasuk rider myGen Saver
Contoh , Asmah
telah telah mendapatkan sijil takaful beserta rider myGen Waiver dan myGen Saver pada
usia 35 tahun. Setelah mencarum 2 tahun tanpa gagal, beliau di sahkan
mengidap salah satu dari 36 peyakit kritikal. Beliau telah membuat tuntutan
kepada pihak takaful. Asmah layak mendapat perlindungan PERCUMA termasuk mendapat perubatan terbaik dari hospital panel.