myHealth Protector - kad Perubatan Separuh Tahun / Tahunan


Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah melancarkan produk Takaful myHealth Protector pada 10 Januari 2014. Pelan ini di reka untuk pelanggan yang memerlukan perlindungan medical yang komprehensif dan terbaik dengan harga yang berpatutan selaras dengan moto “kami lindungi. Kami Perihatin. Kami Berkongsi”. Pelan ini menawarkan perlindungan medikal secara ‘cashless’ tanpa sebarang co-takaful (100% perlindungan).


Ringkasan Pelan Takaful myHealth Protector adalah  seperti berikut :-

      Pilihan 8 pelan perubatan yang komprehensif dan berpatutan dengan harga bilik bermula dari RM 150/hari ke RM 500/hari.

      Terdapat lebih 100 buah hospital panel di seluruh Malaysia dengan perkhidmatan bantuan kemasukan hospital 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Kad perubatan disediakan.

      Perlindungan bermula dari umur 30 hari sehingga berumur 85 tahun. (70 hingga 85 tahun adalah untuk pembaharuan sahaja).

      Pulangan tunai 15% jika tiada apa-apa tuntutan sepanjang tempoh sijil.

       Perkhidmatan bantuan rujukan kecemasan 24 jam di seluruh dunia.

       Tiada had bilangan hari kemasukan wad.

       Elaun tunai harian Hospital Kerajaan Malaysia dengan tiada had bilangan hari.

       Manfaat rawatan pesakit luar untuk kanser, strok dan dialisis buah pinggang tanpa had jumlah   rawatan.

       Had tuntutan tahunan keseluruhan dari RM 100K hingga RM 275K.

       Tiada had rawatan seumur hidup keseluruhan sehingga berumur 85 tahun.

       Manfaat perbelanjaan pengkebumian sebanyak RM 3000.00.
      
 Manfaat rawatan 60 hari sebelum dan selepas penghospitalan.

       Sesuai untuk individu, syarikat, koperasi, pertubuhan dan lain-lain.
   
 Boleh di masukkan Rider Critical Illness untuk jumlah perlindungan dari RM 20K - RM 300K.

 Tertakluk 6% GST.

                                                              Jadual manfaat


                                                            Jadual caruman

Pembayaran boleh dibuat secara tunai, arahan tetap kredit dan debit card.

Peserta boleh memilih untuk membayar secara tahunan atau separuh tahun.