Takaful myGen Payor dan myGen Payor Pluss adalah rider untuk perlindungan kepada pembayar sijil. Pembayar ialah orang yang menjadi pembayar caruman untuk pemilik sijil. contoh pembayar ialah pasangan, ibu atau bapa dan penjaga manakala pemilik sijil (orang yang dilindungi) ialah pasangan dan anak-anak.
Perlindungan untuk Takaful myGen Payor dan Takaful myGen Payor Pluss :-
Takaful myGen Payor
Jika pembayar meninggal dunia atau keilatan kekal sepenuhnya.
Takaful myGen Payor Pluss
Jika pembayar meninggal dunia atau keilatan kekal sepenuhnya atau mengidap penyakit kritikal.
Takaful myGen Payor
1. Termasuk rider myGen Saver (simpanan tambahan) - perlindungan percuma dan simpanan percuma.
2. Tidak termasuk rider myGen Saver (simpanan tambahan)- perlindungan percuma sahaja.
Takaful myGen Payor Pluss
1. Termasuk rider myGen Saver (simpanan tambahan) - perlindungan percuma dan simpanan percuma.
2. Tidak termasuk rider myGen Saver (simpanan tambahan)- perlindungan percuma sahaja.
Jika anda memilih temasuk rider myGen Saver, pihak takaful akan mencarum kedalam akaun anda mengikut jumlah rider myGen Saver sehingga pembayar atau pemilik sijil berumur 70 tahun (yang mana dahulu) di samping mendapat perlindungan percuma sehingga berumur 70 tahun juga.
Jika anda memilih tidak termasuk rider myGen Saver, pemilik sijil hanya mendapat perlindungan percuma sehingga dia atau pembayar berumur 70 tahun (yang mana dahulu).
Contohnya jika berlaku salah satu syarat di atas, pembayar berusia 40 tahun dan anak berumur 10 tahun, maka Syarikat Takaful Malaysia akan memberi perlindungan percuma sahaja atau perlindungan percuma dan simpanan kepada pemilik sijil selama 30 tahun (70 tahun - 40 tahun) atau sehingga anak berusia 40 tahun.
Takaful myGen Payor dan myGen Payor Pluss adalah rider persedian anda untuk memberi perlindungan takaful kepada keluarga tersayang ketika anda di timpa musibah atau di takdirkan meninggal dunia.