Terdapat 2 Jenis Perlindungan Penyakit Kritikal :
1. myGen Critical Illness Accelerated
2. myGen Critical Illness Additional
myGen Critical Illness Accelerated
Untuk opsyen ini, jika peserta mengidap penyakit kritikal maka satu jumlah akan di bayar mengikut yang tertera di dalam sijil. Jika di takdirkan peserta meninggal dunia, jumlah perlindungan myGen Life (kematian) akan di tolak dengan jumlah yang telah di bayar untuk penyakit kritikal. contohnya A mengambil rider myGen Critical Illness Accelerated dengan jumlah perlindungan RM 30,000 dan jumlah perlindungan myGen Life sebanyak RM 60,000. A telah mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal dan telah di bayar jumlah perlindungan tersebut kepada beliau. A di takdirkan meninggal dunia. Pihak Takaful Malaysia membuat pembayaran RM 30,000 (selepas di tolak pampasan RM 30,000 yang telah di terima untuk penyakit kritikal). Walaubagaimana pun jumlah ini tidak termasuk jumlah simpanan beliau.
myGen Critical Illness Additional
Untuk opsyen ini, jika peserta mengidap penyakit kritikal, maka satu jumlah akan di bayar mengikut yang tertera di dalam sijil. Jika di takdirkan peserta meninggal dunia, Takaful Malaysia akan membayar jumlah perlindungan untuk myGen Life tanpa menolak jumlah perlindungan yang telah di bayar untuk penyakit kritikal. Contohnya B mengambil rider myGen Critical Illness Additional dengan jumlah perlindungan RM 30,000 dan jumlah perlindungan myGen Life RM 60,000. B telah mengidap salah satu dari 36 penyakit kritikal dan telah di bayar jumlah perlindungan tersebut kepada beliau. B di takdirkan meninggal dunia. Pihak Takaful Malaysia membuat pembayaran RM 60,000 (tanpa menolak pampasan RM 30,000 yang telah di terima untuk penyakit kritikal). Walaubagaimana pun jumlah ini tidak termasuk jumlah simpanan beliau.