Rider myGen Medic

                                                 Jadual Manfaat Takaful myGen Medic

Takaful myGen Medic menyediakan perlindungan perubatan yang efektif dan komprehensif. Dengan lebih 100 buah hospital di seluruh negara. Peserta boleh memillih mana-mana hospital yang di ingini untuk mendapatkan perubatan yang terbaik. Kad medikal di sediakan untuk memudahkan proses kemasukan ke hospital 24 jam tanpa memikirkan deposit yang akan di kenakan oleh pihak hospital. Dengan kad medikal juga, peserta juga tidak perlu membuat pembayaran apabila mendaftar keluar dari hospital.



                                                               Ringkasan Perlindungan

Jenis-jenis pelan
peserta boleh memilih 4 jenis pelan myGen Medic. Bermula dari harga bilik RM 120 hingga RM 350 sehari, anda boleh memilih mana-mana pelan yang bersesuaian dengan keperluan untuk diri dan keluarga. Manfaat perlindungan tahunan untuk pelan yang paling rendah ialah RM 50,000 setahun manakala jumlah perlindungan untuk pelan paling tinggi ialah sehingga RM 200,000 setahun. Untuk perlindungan seumur hidup keseluruhan ialah berjumlah RM 500,000 bagi pelan yang paling rendah dan RM 2,000,000 untuk pelan yang paling tinggi.

Had Umur
Minimum umur peserta untuk menyertai pelan ini ialah 30 hari dan maksimum umur penyertaan ialah 60 tahun pada tarikh hari jadi akan datang dan perlindungan akan berjalan sehingga peserta berumur 70 tahun. 

Tanpa Co-Takaful
Pihak takaful Malaysia memberi perlindungan 100% pembayaran bil hospital anda tanpa mengenakan sebarang co-takaful atau akses dengan jumlah tertentu. Peserta hanya perlu menggunakan had maksima harga bilik yang di benarkan dan pihak Takaful Malaysia akan membuat pembayaran 100% bil anda.

Khidmat Bantuan Kecemasan 24 Jam
Bantuan dan sokongan kecemasan tersedia untuk anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu tidak kira di mana anda berada, di Malaysia atau di luar negara. Anda hanya perlu membuat satu panggilan mudah untuk sebarang nasihat perubatan, rujukan hospital, pemindahan dan segala perkhidmatan kecemasan yang lain. Bukan itu sahaja, khidmat bantuan kenderaan tempatan 24 jam juga di sediakan pada bila-bila masa dan di mana jua.

Pengecualian Cukai
Nikmati pengecualian cukai sebanyak RM 3000 setahun untuk pelan perubatan ini.