myGen Life - Basic Plan

Pelan asas perlindungan  jika berlaku kematian biasa dan keilatan kekal kepada orang yang di lindungi. Perlindungan ini termasuk jika kematian akibat kemalangan.

Kematian
Kematian adalah termasuk kematian biasa, kematian akibat sakit dan akibat kemalangan. Jumlah had minima perlindungan ialah RM 5000 dan tiada jumlah had maksima . Walaubagaimanapun had maksima adalah bergantung kepada kelulusan pihak 'underwriter'. Umur minimum penyertaan ialah 30 hari manakala had maksimum umur penyertaan ialah 70 tahun. Setiap pemilik sijil akan di lindungi sehingga berumur 99 tahun. Jika berlaku kematian, jumlah perlindungan seperti yang dinyatakan di dalam sijil akan di bayar kepada waris beserta dengan jumlah simpanan peserta.

keilatan kekal
Keilatan kekal adalah di sebabkan penyakit dan kemalangan. Jumlah minima perlindungan ialah
RM 5000 manakala had maksima ialah RM 2 juta.

Kadar Tabarru' (sedekah atau derma)
hanya satu kadar tabarru' di kenakan untuk kedua-dua jenis perlindungan di atas. Kadar tabarru' bergantung kepada umur dan jenis pekerjaan peserta.

Anda boleh menggunakan perlindungan jenis ini untuk menggantikan MRTA dan MRTT. Terdapat banyak kebaikan perlindungan kematian dan keilatan kekal sepenuhnya dengan cara ini berbanding MRTA dan MRTT. Di antaranya ialah :-

1. Jumlah perlindungan tidak berubah sehingga sijil tamat
2. Peserta bebas untuk meningkatkan dan mengurangkan jumlah perlindungan.
3. Satu sijil boleh di gunakan untuk pembelian rumah yang lain.
4. Nilai surrender atau cash value yang tinggi.
5. Berbanding MRTA dan MRTT, sijil boleh di bayar secara bulanan atau tahunan.

Sila hubungi saya untuk dapatkan keterangan lanjut.