Rider Takaful myGen Hospital Cash akan menyediakan pembayaran elaun wad harian kepada peserta jika di masukkan ke wad sama ada hospital swasta atau pun hospital kerajaan. Peserta boleh boleh memilih jumlah perlindungan dari RM 50 dengan gandaan RM 10 sehingga maksimum RM 400 sehari.
Rider ini akan berfungsi sehingga peserta berumur sehingga 80 tahun. Tiada had maksimum hari kemasukan wad untuk sekali masuk tetapi peserta di hadkan boleh membuat tuntutan sebanyak 550 hari seumur hidup. Contohnya jika anda memilih perlindungan RM 200 sehari, maksimum seumur hidup anda boleh membuat tuntutan sebanyak RM 110,000.
Untuk penyakit biasa, pelan ini akan berfungsi selepas 30 hari dari tarikh penyertaan manakala untuk penyakit tertentu (seperti yang di nyatakan dalam sijil) pelan ini akan befungsi selepas 120 hari. Walaubagaimana pun pelan ini akan berfungsi serta merta selepas pembayaran di buat jika peserta di masukkan ke wad akibat kemalangan.